Friday 30 March 2012

Pembuka Kata

Assalamualaikum


Sebagai pembuka kata, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarahku iaitu Pn.Mimma Sayuti.  Kerana atas kesungguhan dialah yang menginginkan pelajarnya bijak IT, telah memberi sumber inspirasi dan motivasi pada diri saya untuk mewujudkan blog yang tidak seberapa ini.  Mudah-mudahan blog ini dapat menjadi salah satu medium interaksi bersama pensyarahku serta kawan-kawan sekelasku.  Selain itu, dapat membekalkan sedikit sebanyak sumber ilmu pengetahuan tentang subjek Teknologi Pengajaran.

Kepada sesiapa sahaja yang membaca blog ini...=)


Blog ini di cipta khas untuk memenuhi tugasan Teknologi Pengajaran ( buat utk siapkan asignment )..
Maka dengan itu, segala post di dalam blog ini hanya berkaitan dengan tugasan, nota atau apa sahaja yang berkaitan (sipi-sipi pun boleh) dengan subjek Teknologi Pengajaran.
Profil diri boleh la anda jenguk-jenguk di sebelah. Kepada yang tidak tahu apa itu Teknologi Pengajaran, jangan risau dan kecewa, kerana saya akan mengulas dengan lebih lanjut pada page yang berikutnya, InsyaAllah...

Last but not least( mane boleh tulis English, kita kn subjek BM) diharap pembaca(kawan2 sekelas) dapat memberi komen yang membina jangan meruntuh pada post saya. Diharapkan juga tulisan dan post saya nanti tidak menjelekkan mata sesiapa, jika ada saya dahulukan dengan ribuan kemaafan..(sori la ye kawan2, ala post tentang subjek je,,xde ape2pun =) ) sesungguhnya manusia yang sempurna itu tidak wujud...
Akhirkalam...selamat me'riview' (ade ke??) hehe selamat membaca!





No comments:

Post a Comment