TUGASAN TP


Hasil Pembelajaran Kursus

1.             Menganalisis konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan.
2.             Merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai sumber dalam persekitaran teknologi.
3.             Membangunkan media pengajaran yang baik dan bersesuaian.
4.             Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5.             Menilai keberkesanan pembangunan dan penggunaan media pengajaran.

Objektif Kerja Kursus Pendek

1.             Membuat perancangan media pengajaran berdasarkan model Rekabentuk Pengajaran yang sesuai.
2.             Menghasilkan media pengajaran yang mengintegrasikan teknologi pengajaran.
3.             Menghasilkan portfolio yang menunjukkan proses dan peringkat perkembangan pembelajaran Teknologi Pengajaran.

Tugasan Kerja Kursus Pendek

a.  Portfolio
Portfolio mengandungi butiran berikut:-
·         Struktur kandungan
·         Bahan-bahan edaran kursus dan rujukan peribadi pelajar
·         Nota-nota ringkas kuliah dan artikel
·         Bahan-bahan hasil pembentangan
·         Bahan-bahan hasil kerja-kerja amali
·         Sumber rujukan
·         Refleksi individu

b.  Projek
Berdasarkan satu sub-topik atau topik dari matapelajaran opsyen anda, anda dikehendaki :
  1. Membuat perancangan untuk membangunkan media pengajaran dengan mengambil kira aspek-aspek rekabentuk pengajaran yang sempurna.  Semasa anda merangka reka bentuk media pengajaran tersebut, anda harus mengintegrasikan teknologi pengajaran.  Media pengajaran yang dihasilkan itu harus diintegrasikan secara bijak untuk menghasilkan proses pengajaran yang berkesan.

b.      Menghasilkan satu multimedia interaktif (atau persembahan elektronik) yang boleh digunakan dalam jangka masa 10 - 15 minit pengajaran). Dengan menggabungjalin pelbagai kemahiran teknologi yang telah anda pelajari, media yang dihasilkan itu perlu berupaya menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Perkara-perkara berikut harus dipatuhi;
i.               Tugasan ini adalah tugasan kumpulan (3-4 orang satu kumpulan), walau bagaimanapun hasil tugasan anda perlu disertakan dalam portfolio individu.
ii.             Pemilihan tajuk adalah berdasarkan sukatan pelajaran pengkhususan anda.
iii.            Mengandungi  persembahan multimedia / elektronik  selama 10 - 15  minit.
iv.           Dalam bahan multimedia tersebut, anda harus memuatkan gambar foto, video klip dan adunan audio untuk meningkatkan keberkesanan bahan.
v.            Pembentangan kerja kursus  di hadapan kelas akan diadakan selepas tarikh penyerahan.
vi.           Hasil  tugasan perlu dikembarkan dalam folio individu pelajar.

Panduan Penulisan Refleksi dalam Kerja Kursus

1.       Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i.               Font Arial
ii.             Saiz huruf  ialah 11
iii.            Langkau satu setengah baris
iv.           Rujukan mengikut format APA
v.            Lampiran disertakan jika perlu

2.       Amalan plagiat tidak dibenarkan.

3.       Penulisan refleksi tidak melebihi 8 muka surat.

4.       Tugasan ini membawa markah 70%.

No comments:

Post a Comment